FacebookInstagramTwitterContact

 

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable           >>           Tesla Profits Slump By More Than A Half           >>           Lloyds Hit As Banks Compete For Mortgage Customers           >>           Post Office Boss Nick Read Obsessed With Pay Says Ex-HR Chief           >>           Searching For Missing Loved Ones In Gaza’s Mass Graves           >>           Greece: Orange Sahara Dust Haze Descends Over Athens           >>           War In Ukraine: US To Send New Aid Right Away, Biden Says           >>           Kenya: Floods Cause Widespread Devastation In Nairobi           >>           Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


15 Pegawai Kanan PDB Dinaikkan Pangkat Bermula 8 Ogos 2016


TURUT berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar untuk menyaksikan kenaikan pangkat anakanda, Penguasa Kanan Polis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah. |FOTO:PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 August 16th, 2016  |  10:49 AM  |   4570 views

GADONG

 

GADONG, Isnin, 15 Ogos. - Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), 15 orang pegawai kanan PDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dan seterusnya ditetapkan pangkat bermula 8 Ogos 2016.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat kepada para penerima telah berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong dan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 

150816 PDB AZMAH13

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien semasa berkenan bergambar ramai.

 

Penguasa Kanan Polis Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Penguasa Kanan Polis Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali dinaikkan dan ditetapkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis.

 

Manakala Penguasa Polis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Penguasa Polis Masni binti Haji Jamil, Penguasa Polis Haji Mohd Fadzillah bin Haji Ismail, Penguasa Polis Haji Chipli bin Haji Mohammad dan Penguasa Polis Haji Zaini bin Haji Abd. Rahim dinaikkan dan ditetapkan pangkat sebagai Penguasa Kanan Polis.

 

150816 PDB AZMAH3

PENGUASA Kanan Polis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.

 

Sementara itu, Timbalan Penguasa Polis Pengiran Haji Abd. Salam bin Pengiran Haji Abd. Ghani, Timbalan Penguasa Polis Mohd. Noorani bin Hussin, Timbalan Penguasa Polis Haji Azree bin Haji Abd. Manaf, Timbalan Penguasa Polis Zaila binti Haji Zaini, Timbalan Penguasa Polis Suhairi bin Haji Sukri, Timbalan Penguasa Polis Awang Abdul Haji bin Haji Apong dan Timbalan Penguasa Polis Hajah Rosnie binti Haji Ali dinaikkan dan ditetapkan pangkat menjadi Penguasa Polis.

 

Penolong Penguasa Polis Ang Lay Bee pula dinaikkan dan ditetapkan pangkat sebagai Timbalan Penguasa Polis.

150816 PDB AZMAH4

PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat kepada para penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.

 

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar untuk menyaksikan kenaikan pangkat anakanda, Penguasa Kanan Polis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah.

150816 PDB AZMAH5

PESURUHJAYA  Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat kepada salah seorang pegawai kanan PDB.

 

Juga hadir ialah Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, selaku Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis; pengarah-pengarah, pegawai kanan, jemputan khas serta ahli keluarga pegawai-pegawai kanan yang diraikan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19