FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


YTM Berangkat ke Hari Kemasyarakatan Ke-8 PPPBD


YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berserta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan Ke-8 yang telah berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD). |FOTO : PELITA BRUNEI ( Azmah Haji Ahad)

 


 July 27th, 2016  |  11:17 AM  |   2042 views

BERAKAS

 

Selasa, 26 Julai. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan Ke-8, 2016 anjuran persatuan berkenaan.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

260716 AZMAH15 PAPHJHRASHIDAH

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah bergambar kenangan bersama Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD).

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah di Ibu Pejabat PPPBD, Jalan Anggerek Desa, Berakas dijunjung oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, selaku Pengerusi Majlis bersama dengan Naib-naib Yang Di-Pertua dan Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya PPPBD.

Terdahulu, bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani.

260716 AZMAH10 PAPHJHRASHIDAH 

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah ketika berkenan menerima pesambah pada majlis tersebut.

Dalam sembah alu-aluan oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD antara lain menyembahkan, PPPBD sekali lagi dapat menjalankan dan mengungkayahkan beberapa kegiatan kesinambungan pada projek-projek kemasyarakatan yang telah dilancarkan pada tahun 2000 berkaitan dengan 'WAGGGS Community Development Project' dan pada masa yang sama bagi penyelarasan berkesan pada Projek Pembangunan dan Perkembangan PPPBD yang telah dilancarkan pada 25 Januari 2009.

Beliau seterusnya menyembahkan, Ahli-ahli PPPBD telah dapat menjalankan dan mengungkayahkan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan seperti sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan orang-orang yang kurang mampu, Projek Telekung dan Projek Anak-anak Yatim serta menolong membersihkan masjid dan perkuburan juga telah dapat dijalankan.

260716 AZMAH4 PAPHJHRASHIDAH 

SEMBAH ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Majlis sambutan, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, Ketua Pesuruhjaya PPPBD.

"Beberapa Pek Pandu Puteri Tunas Sekolah Rendah, Pasukan Pandu Puteri dan Pandu Puteri Ranjer dan Unit Pemimpin Muda Maktab dan Sekolah Menengah telah dapat menjalankan dan mengungkayahkan beberapa kegiatan kemasyarakatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan," ujar sembah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah.

Menurutnya, Sambutan Hari Kemasyarakatan tahun ini, PPPBD Bahagian Pandu Puteri telah merancang satu projek bagi menghidupkan semula batas-batas tanaman sayur-sayuran di Ibu Pejabat PPPBD yang dulunya diungkayahkan oleh Ahli-ahli Pek Pandu Puteri Tunas dan Pasukan Pandu Puteri dan Pandu Puteri Ranjer serta Unit Pemimpin Muda Persatuan PPPBD.

Sembahnya, dengan penyerahan sembilan batas bagi penanaman semula beberapa jenis sayur-sayuran yang akan dijalankan oleh sukarelawan dari JAPEM, KKBS yang melibatkan ibu dan bapa tunggal serta orang-orang kurang mampu dan warga emas yang berdaftar di JAPEM, KKBS.

260716 AZMAH6 PAPHJHRASHIDAH 

ANTARA Ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) yang hadir pada majlis tersebut.

Kongsi sama kegiatan katanya diharapkan akan dapat memberikan semangat dan sebagai 'booster' serta galakan pada kegiatan-kegiatan kemasyarakatan juga kesukarelawan Ahli-ahli PPPBD.

Acara kemuncak majlis memotong kek ulang tahun puja usia yang disempurnakan oleh YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah sempena Puja Usia YTM.

Pada majlis itu, YTM juga berkenan menyerahkan projek sukarelawan dan kemasyarakatan kepada wakil dari JAPEM.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video klip mengenai Projek-projek Perkembangan Kemasyarakatan PPPBD Tahun 2015 / 2016.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD.

260716 AZMAH12 PAPHJHRASHIDAH 

BACAAN Doa Selamat dibacakan oleh Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abd. Ghani.

Majlis dihasratkan bagi mendedahkan ahli-ahli pada budaya berkhidmat untuk masyarakat, terutamanya kepada yang memerlukan bantuan serta sumbangan dan pada masa yang sama memupuk juga memantapkan sifat-sifat jati diri, disiplin serta semangat kerja berpasukan melalui projek dan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh persatuan berkenaan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik ahli-ahli muda supaya sentiasa bersiap sedia untuk berbakti kepada masyarakat, ugama, bangsa dan negara bersesuaian dengan cogan kata Pandu Puteri, iaitu 'siap sedia', di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan meningkatkan perasaan muhibah dalam kalangan ahli-ahli persatuan di ketiga-tiga buah daerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53