FacebookInstagramTwitterContact

 

Care for Intending Haj Pilgrims           >>           Congratulatory Messages           >>           Audience and 'Junjung Ziarah' Ceremony           >>           Prepping Tips: How To Prepare A Food Storage Starter Kit           >>           Study: Eating An Avocado A Day Can Help Improve Overall Diet Quality           >>           STUDY: Anger Can Increase Heart Attack Or Stroke Risk For Up To 40 Minutes           >>           Kelly Osbourne Looks Unrecognizable After Blonde Hair Transformation           >>           Why Jill Zarin Is Defending Her Controversial Below Deck Appearance           >>           Rafah: UN Says 80,000 Have Fled Gaza City As Israeli Strikes Intensify           >>           Eurovision: Thousands Protest Against Israel's Entry In Malmo           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kurnia Peribadi Bukti Keprihatinan


PUTERI-PUTERI Kebawah DYMM, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah semasa berangkat ke Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM bagi Daerah Tutong. | FOTO: INFOFOTO (Hamzah Mohiddin, Hernie Suliana Haji Othman)

 


 June 29th, 2016  |  08:51 AM  |   3413 views

TUTONG

 

Selasa, 28 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan kurnia peribadi kepada golongan tertentu sempena Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

 

Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Tutong diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.

 

280616 HAMZAH005 MAJEEDAH

BERANGKAT menyempurnakan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM  bagi Daerah Tutong ialah puteri-puteri baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

 

Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

 

280616 HERNIE11 MAJEEDAH

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan menyempurnakan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM  kepada penerima.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Seramai 2,393 orang terdiri daripada beberapa golongan tertentu menerima kurnia peribadi Kebawah DYMM dalam majlis tersebut.

 

Kurnia Peribadi Kebawah DYMM mencerminkan kepimpinan baginda yang sentiasa ingin melihat kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, khususnya di kalangan golongan yang memerlukan bantuan agar sentiasa diberi perhatian.

 

280616 HAMZAH014 MAJEEDAH

SEBAHAGIAN penerima berkerusi roda yang menerima Kurnia  Peribadi  Kebawah DYMM  bagi Daerah Tutong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33