Farid Kamil hormat keputusan isteri

Farid Kamil hormat keputusan isteri

18 Nov- Berhubung dengan isu yang ditimbulkan oleh isterinya, Diana Danille, yang dikatakan melarikan diri daripada pihak media untuk ditemu bual dalam sebuah majlis, Farid Kamil tidak mahu masuk campur dan menghormati prinsip isterinya itu sebagai seorang artis.

"Tidak adil bagi saya untuk menjawab atau menjelaskan perjalanan seni seseorang. Jadi saya mengambil langkah untuk menjawab apa saja yang berkatian dengan saya sahaja.

"Diana dia ada prinsip dia berkerja sendiri, etika seorang pelokon sendiri. Dia ada pemikiran sendiri yang mana pada saya itu sudah cukup untuk dia bergerak di dalam industri seni," kata Farid yang ditemui pada pratonton filem "Kaki Kitai" di TGV Setia Walk, Puchong semalam.

Tambahnya lagi, dia dan juga isteri menerapkan nilai-nilai profesionalisma dalam kerjaya masing-masing dan perjalanan karier seseorang artis itu juga bergantung kepada individu itu sendiri.

"Perjalanan karier seseorang artis itu bergantung kepada artis itu sendiri. Masalah yang ditimbulkan oleh artis seperti lari dari menjawab dengan media tu adalah sebahagian hidup seorang artis. Jadi sy sebagai suami kepada dia, saya rasakan itu sebahagian daripada kerjaya seni dia.

"Prinsip tu harus ada pada semua orang. Perlu ada profesionalisma dan juga garis panduan. Apabila bujang dan berkeluarga ianya berbeza dan penting untuk membuat pembahagian."