Advertisement

Jerman sedia bantu Malaysia, kata Najib

Jerman sedia bantu Malaysia, kata Najib

Jerman bersedia menghulurkan bantuan kepada Malaysia bagi menangani insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan berkata hasrat untuk membantu itu dinyatakan Canselor Jerman Angela Merkel (gambar) menerusi telefon hari ini.

"Dalam perbualan itu, Merkel mengucapkan takziah kepada Malaysia ekoran tragedi MH17 dan menyatakan kesediaan Jerman membantu Malaysia.

"Merkel turut merakamkan penghargaan kepada usaha yang dilakukan Malaysia bagi menangani insiden berkenaan," kata perdana menteri.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 44 warga Malaysia dan empat warga Jerman sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine. – Bernama, 23 Julai, 2014.