Australia kibar bendera separuh tiang hormat mangsa tragedi MH17

Bendera Australia dikibar separuh tiang di semua bangunan kerajaan di negara ini dan di seberang laut sebagai tanda mengingati mereka yang menjadi mangsa dalam kejadian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas.

Perdana Menteri Tony Abbott dalam kenyataannya berkata hari berkabung peringkat kebangsaan juga akan diisytiharkan selepas keluarga mangsa dapat menyesuaikan diri dengan kepiluan yang dialami.

"Gabenor Jeneral dan saya akan menghadiri upacara sembahyang di Gereja St Mary di Sydney Ahad ini bagi menandakan kami berdiri sebagai sebuah negara pada saat-saat memilukan ini," katanya. – Bernama, 19 Julai, 2014.