Kes ragut, rompak meningkat, warga kota dinasihat waspada

0

KUCHING: Penduduk bandar raya Kuching dinasi-hatkan agar lebih berhati-hati berikutan meningkatnya kes ragut dan rompak sejak kebelakangan ini.

Petang Isnin lepas sahaja beberapa kes dilaporkan berlaku di sekitar kawasan utama di pusat bandar raya ini yang mana mendatangkan kecederaan serta kerugian ribuan ringgit.

Antara kes yang dilaporkan adalah berdekatan Lebuh India ketika seorang ahli perniagaan (lelaki) hendak memasuki keretanya sambil membimbit sampul surat berisi wang tunai RM8,000, sekitar jam 4.30 petang

“Difahamkan, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ telah menghampirinya sebelum seorang daripadanya ber-tindak meragut sampul surat yang dipegang mangsa.

“Mangsa dikatakan cuba mengejar suspek menggu-nakan keretanya namun terlepas berikutan keadaan jalan raya yang sesak,” kata sumber sambil memberitahu wang tersebut baharu dikeluarkan mangsa dari bank untuk membayar gaji pekerjanya.

Manakala, kes kedua dilaporkan menimpa seorang wanita warga emas di Lorong Cathay yang ketika itu dika-takan berjalan seorang diri sekitar jam 5 petang.

Menurut sumber, rantai leher emas mangsa yang dianggarkan bernilai sekitar RM500 telah diragut oleh dua lelaki yang datang dari arah belakang.

“Kejadian berlaku dengan pantas, menyebabkan kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal,” katanya.

Sementara kes rompak pula dilaporkan berlaku di Tabuan Foochow sekitar jam 7 malam apabila seorang lelaki yang ketika itu berjalan kaki seorang diri telah didatangi lima individu termasuk se-orang wanita.

Difahamkan, keempat-em-pat lelaki yang tidak dikenali oleh mangsa itu telah bertindak membelasah mangsa sebelum sebelum merampas telefon bimbit jenis Samsung Note 3 dan sebentuk cincin emas.

“Mangsa yang tercedera itu kemudian ditinggalkan di tempat kejadian dan kes-emua suspek telah melarikan diri dengan menunggang tiga buah motosikal,” kata sumber.

Mangsa kemudian dibantu oleh orang awam dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Kesemua kes-kes tersebut kini masih dalam siasatan polis.