Ahli perniagaan tergamam kereta hilang depan mata

0

SIBU: Seorang ahli pernia­gaan tergamam kereta Toyota Hilux miliknya hilang di de­pan matanya sendiri selepas kunci keretanya dirampas oleh seorang lelaki petang Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, pengadu hanya dikenali sebagai Tie, 25, baharu sahaja keluar dari keretanya diparkir belakang Medan Mall di sini apabila seorang lelaki yang tidak dikenali bertindak menolak serta merampas kunci kereta daripada genggamannya sebelum melarikan kereta tersebut.

Mangsa yang tidak mampu berbuat apa-apa hanya mam­pu melihat pencuri tersebut melarikan kereta Toyota Hilux Double Cab 2.5 MT berwarna perak yang baharu dibelinya Julai tahun lalu.

Pengadu turut kehilangan beberapa barang peribadi termasuk dompetnya yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut.

Selain itu,pengadu turut melaporkan lesen memandu, kad ATM Maybank turut hilang.

Pengadu berkata, kereta tersebut masih dilindungi insurans ‘first party’ dan ang­garan kerugian belum dapat dipastikan.

Kes tersebut kini dalam siasatan polis.