Patung Bunda Maria di gereja tertua di Taiwan dibakar

Seorang pemuda yang sakit mental ditangkap kerana membakar patung Bonda Maria yang diperbuat dari kayu di sebuah gereja tertua di Taiwan.

Aug 19, 2016

WANJIN, Taiwan: Seorang pemuda yang sakit mental ditangkap kerana membakar patung Bonda Maria yang diperbuat dari kayu di sebuah gereja tertua di Taiwan.

Setelah mengamati rakaman CCTV pada 3 Ogos lalu, polis menangkap seorang seorang pemuda bernama Pan pada 4 Ogos kerana telah merosakkan patung di Basilika Santa Perawan Maria Dikandung Tanpa Noda di kota Wanjin.

Pesalah mengaku melakukan vandalisme tersebut dan mengatakan Santa Perawan Maria adalah istreinya, demikian laporan oleh media tempatan. Fr Anselm Hsu mengatakan kepada ucanews.com bahawa si pesalah bukan seorang Katolik namun dilihat telah beberapa kali datang ke Basilika tersebut kerana tinggal berdekatan dengan gereja itu.

Fr Hsu mengatakan mujurlah hanya hanya pakaian patung itu yang terbakar dan tidak ada kerugian,” katanya.

“Ini juga adalah dilema bagi kami untuk meningkatkan langkah-langkah keamanan yang lebih ketat kerana kami ini gereja ini untuk mudah dijangkau oleh semua orang.”

Ratusan penziarah juga datang ke situ kerana ia lokasi popular termasuk bukan Katolik.

“Setelah penyelidikan forensik selesai, kami akan mengganti busana patung itu. Kami akan mengecat kembali patung ini, yang telah menjadi hitam akibat terbakar,” kata Fr Hsu.--Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments